Impiana

Hujan itu rahmat, Pelangi itu indah…

  • Blog access

    • 1,552 hits
  • Update Blog

    February 2009
    M T W T F S S
         
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    232425262728  
  • Categories

  • Archives

  • Fakta Hari Ini

Archive for February 11th, 2009

Landasan asuh Usahawan Muda

Posted by ninting on February 11, 2009

Kenapa geraduan dan penggangur risau tidak mendapat kerja. Sekarang banyak syarikat yang memberi peluang kepada golongan ini untuk memulakan perkerjaan mereka dengan melibatkan diri dengan bisnes. Cuma di Malaysia, bila disebut dengan perniagaan MLM (Multi Level Marketing), ramai yang masih was-was dengan kemampuan perniagaan ini dan MLM masih kurang mendapat sambutan oleh generasi muda. Kenapa, mungkin mereka tidak mendapat maklumat yang penuh serta tidak mendapat fakta yang tepat mengenai perniagaan MLM.

Bagi golongan yang sudah bekerja dan melibatkan diri dengan perniagaan MLM, mereka telah dapat meningkatkan taraf hidup dan memperbaiki keadaan ekonomi mereka. Jika golongan bekerja hanya mengharapkan pendapatan makan gaji, mungkin sukar bagi mereka untuk menampung kos sara hidup, khususnya di bandaraya dan bandar besar.

Mungkin ramai yang tidak tahu atau perasan bahawa kerajaan menyokong rakyatnya untuk melibatkan diri didalam perniagaan MLM.

landasan-asuh-usahawan-muda

Posted in Dunia Perniagaan | Leave a Comment »

Kejayaan perniagaan Hai-O Marketing Sdn. Bhd

Posted by ninting on February 11, 2009

Memulakan sesuatu perniagaan bukanlah mudah, kerana cabaran dan dugaan sentiasa ada. Tetapi, bukanlah susah hendak menghadapi sesuatu cabaran jika seseorang itu tahu caranya dan sentiasa berfikiran positif menangkis segala cabaran yang mendatang. Ramai golongan Bumiputera telah berjaya dan mendapat kejayaan didalam bisnes Hai-O. Siapa kata MLM (Multi Level Marketing) merupakan satu perniagaan cepat kaya dan sebagainya. Jika seseorang itu pernah melibatkan diri dengan perniagaan MLM yang tidak berdaftar secara sah dengan kementerian memanglah perniagaan MLM adalah perniagaan yang tidak sah dan perniagaan cepat kaya. Tetapi tidak didalam perniagaan Hai-O. Hai-O telah memperoleh banyak anugerah didalam negara serta diluar negara. Buktinya ialah Majalah Forbes pernah mengiktiraf Hai-O Marketing sebagai syarikat yang paling berjaya diantara 200 buah syarikat yang tersenarai di Asia pasific pada Sept 2007.

Bukti kejayaan Hai-O marketing

Majalah Mingguan Wanita

Berita mengenai Hai-O

Posted in Dunia Perniagaan | Leave a Comment »

Celcom, PUNB latih usahawan

Posted by ninting on February 11, 2009

Lantik 500 pengedar Bumiputra jalankan perniagaan telekomunikasi.

Saya tertarik dengan artikel keluaran surat khabar Harian Metro keluaran Rabu, 11 Februari 2009, didalam ruangan bisnes. Berikut petikan didalam ruangan tersebut :

CELCOM (M) Berhad mengadakan kerjasama dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi memberi peluang kepada 500 pengedar Celcom di kalangan Bumiputera di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak menjalankan perniagaan telekomunikasi bersama Celcom.

Menerusi program terbabit, PUNB menawarkan pinjaman RM100,000 hingga RM5 juta manakala Celcom akan menyediakan latihan dan sokongan kepada pengedar yang layak.

Naib Presiden Celcom Wilayah Utara, Saiful Bahrin Abd Ghaffar, berkata sejak dimulakan pada Jun tahun lalu, seramai 13 pengedar layak mendapat pinjaman daripada PUNB dan setakat ini RM12 juta diluluskan.

Syarat untuk memulakan perniagaan kedai telekomunikasi Celcom adalah ketat dan kami memilih pengedar yang betul-betul layak saja. Mereka mestilah aktif serta memiliki komitmen yang tinggi dalam perniagaan. bersambung..

Ulasan : Syarat yang ketat dikenakan oleh Celcom dan modal yang besar menyebabkan Bumiputera kurang menceburkan diri didalam dunia bisnes.

Posted in Dunia Perniagaan | Leave a Comment »