Saya sangat bertuah sebab dapat mengikuti kelas pengukuhan pada malam tadi(12.02.2009). Banyak ilmu, kata-kata nasihat serta kata-kata peransang dan rahsia didalam bisnes telah dikongsikan CDM hebat group 181 iaitu CDM Faridah dan juga merupakan salah seorang Jutawan Bumiputera yang telah berjaya membina nama didalam perniagaan Hai-O. Bukan susah hendak mendapat ilmu daripada orang lama didalam Hai-O dan tidak susah untuk mencukil rahsia mereka. Kesemua CDM Hai-O group 181 Taipan, sentiasa mencurahkan segala ilmu kepada rakan niaga tidak kira latar belakang, warna kulit, bangsa dan agama. Saya amat kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka untuk melihat rakan kongsi berjaya. Spanjang saya menceburi dunia bisnes dan dunia perkerjaan, inilah tempat yang paling saya suka dan tertarik kerana mereka menitikberatkan rakan niaga untuk berjaya seperti mereka.
Jika di tempat kerja saya sentiasa di suruh untuk melakukan tugas demi untuk menjaga prestasi orang atasan dan jika saya lalai dan leka serta tidak menyiapkan tugasan yang diberi maka saya akan di label sebagai seorang yang tiada kualiti dan mendatangkan masalah kepada prestasi mereka serta jabatan. Sampai bila ini akan terus berlaku jika saya tidak bertindak dan merubah masa depan sendiri. Keputusan dan masa depan di tangan saya.
Tetapi syukur kepada Tuhan, sejak saya bertemu dengan bisnes ini, prestasi kerja saya semakin baik. Sebabnya mudah, kenapa saya perlu menyimpan segala tekanan kerja jika saya mampu melakukan lebih baik di luar sana. Cuma masa yang menentukan dan kegigihan saya adalah ukuran. Jika dulu saya tertekan jika tiada bonus atau mendapat rating yang teruk didalam prestasi kerja, tetapi sekarang tidak… sebab bulan-bulan saya akan mendapat bonus serta pendapatan daripada perniagaan saya dan saya semakin positif tentang dunia pekerjaan. Bisnes Hai-O banyak merubah saya menjadi seorang yang lebih positif dan berwawasan.
Jika saya mempunyai perniagaan lain selain daripada Hai-O, saya dapat rasakan bahawa saya tak akan dapat rahsia sebenar didalam perniagaan. Ini kerana, rahsia bisnes adalah rahsia kejayaan mereka dan tidak akan dikongsi dengan rakan niaga atau pesaing. Tetapi tidak didalam Hai-O. Pemimpin sentiasa berkongsi rahsia dan strategi untuk membantu rakan kongsi untuk mengukuhkan bisnes mereka dan menjayakan mereka. Bak kata CDM Faridah, tukar NY2 anda kepada “Tanggungjawab anda adalah untuk menjayakan rakan kongsi agar berjaya seperti anda“.
Perbezaan Hai-O dengan bisnes MLM yang lain memang berbeza, Hai-O menitikberatkan bisnes plan untuk mengembangkan produknya. Tetapi bisenes MLM lain mementingkan penjualan produk untuk mengembangkan bisnes mereka. Kami di Hai-O tidak perlu kuatir atau risau pasal point, sebab di Hai-O point kami adalah terkumpul. Jika MLM yang lain point mereka akan hangus setiap bulan. Anda perlu memulakan dengan point yang baru pada bulan seterusnya. Sebab itu kami di Hai-O senang naik pangkat dan cepat memperkembangkan bisnes. Kepada pembaca yang masih tidak mendapat fakta lengkap mengenai Hai-O, silalah datang ke kelas kami di Taipan atau di The Mines, Sri Kembangan atau anda boleh berhubung dengan saya.