Impiana

Hujan itu rahmat, Pelangi itu indah…

  • Blog access

    • 1,552 hits
  • Update Blog

    February 2009
    M T W T F S S
         
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    232425262728  
  • Categories

  • Archives

  • Fakta Hari Ini

Archive for February 16th, 2009

Hari Bonus

Posted by ninting on February 16, 2009

Samalam(Ahad, 15.02.2009) saya menghadiri Hari Bonus di Komplex Kejiranan, Persint 16 Putrajaya. Ramai sungguh orang yang datang. Dianggarkan kira-kira didalam 900 orang. Kesemua yang datang dari pelusuk semenanjung iaitu Johor, Melaka, Perak, kedah, Perlis, Kelantan dan lain-lain. Sambutan memang menggalakkan. Sebenarnya Majlis semalam itu ialah perjumpaan biasa pada hari ahad. Cuma yang istemewanya semalam ialah hari penerimaan Cek bagi orang yang baru yang menceburi bisnes ini termasuklah saya… Saya sangat gembira sebab pertama kali menceburi dunia perniagaan Hai-O sudah mendapat pengiktirafan serta dapat menerima cek.

Terdapat beberapa orang yang baru menceburi bisnes nie pada bulan Januari 2009 sudah menerima cek RM13 ribu lebih dan RM10 ribu lebih. Amat menakjubkan bisnes ini, saya rasa macam tidak percaya bila ada orang yang baru sebulan didalam perniagaan ini sudah menerima cek atau pendapatan yang sebegitu tinggi.

Syukur kepada Tuhan, sebab saya telah menerima cek yang pertama dan seutas jam tangan berjenama Roscani. Disamping itu juga saya mendapat Bonus kenaikan pangkat. Memang tidak diduga dan terlintas semua itu, tetapi itulah kenyataan dan benefit yang saya dapat bila sudah menceburi bisnes ini.

Bila saya melihat disekeliling, rata-rata yang berjaya dan menceburi bisnes ini ialah orang Melayu. Saya amat sedih kerana bangsa saya masih tidak tahu mengenai bisnes ini. Saya sentiasa berdoa, semoga saya dapat memperkenalkan serta dipermudahkan untuk memperlihatkan bisnes ini kepada bangsa saya. Matlamat saya ialah ingin menolong sesiapa sahaja yang inginkan perubahan didalam ekonomi mereka.

Sekarang abad-ke21 iaitu zaman moden. Berniaga sekarang bukan macam zaman dahulu, iaitu mesti ada kedai dan pekerja. Zaman moden sekarang bisnes tidak semestinya memerlukan kita membuka kedai dan mencari pekerja. Buktinya, sudah ramai orang telah kaya serta dapat mengubah ekonomi mereka dengan menceburkan diri didalam bisnes yang berasaskan Internet serta Multi Level Marketing (MLM). Saya sudah tidak peduli apa orang kata, sebab bila saya menceburkan diri didalam bisnes ini, sedikit sebanyak saya sudah melihat masa depan saya. Jika saya terus berusaha dan berusaha masa depan saya pasti akan berubah. Kenapa perlu saya kata tidak sedangkan buktinya sudah ramai orang berjaya.

Semalam saya amat terkejut sebab seorang Vice Presiden di institusi perbankan antarabangsa telah menyertai bisnes ini. Dia susah berpangkat Diamond Sales Manager. Pendapatan dia sebagai Vice Presiden ialah 5 angka, bermakna gaji dia lebih daripada RM10 ribu hingga Rm30 ribu atau lebih lagi.. tetapi yang pasti 5 angka. Satu sahaja yang dia katakan kenapa dia berminat menyertai bisnes ini. Katanya “Bila sudah berjaya didalam bisnes ini, dia dapat meluangkan masa dengan keluarga dan membuat aktiviti yang dia suka. Berbanding dengan kerja sekarang yang tidak memberi dia masa untuk bersama anak-anak dan keluarga”.

Saya terfikir sejenak, jika aku seorang pekerja biasa tidak mengambil peluang ini dengan cepat, maka kehidupan serta masa depan aku akan statik macam itu sahaja. Sebab peluang itu telah dirampas oleh mereka yang betul-betul hendak berjaya. Jika CMD Kartini berazam ingin mengubah 7 generasi keluarga dia yang dahulu susah.. tetapi sekarang dia telah mengubah 7 Generasi keluarga dia yang akan datang menjadi senang. Maka dengan itu aku berazam ingin seperti mereka dan bukannya ingin menjadi seperti orang yang sentiasa membuat alasan lari daripada rezeki. Saya ingin membuktikan bahawa rezeki ada dimana-mana.. Bermakna, saya ingin membuktikan bahawa rezeki saya ada didalam bisnes ini. sebab selama 6 tahun saya mencari rezeki dengan memakan gaji. saya boleh katakan bahawa rezeki saya seperti Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. bukan tidak bersyukur dengan pendapatan makan gaji, tetapi kos di Kuala Lumpur yang begitu tinggi menyebabkan saya tidak dapat menyimpan duit serta memberi duit belanja kepada orang tua.

Maka dengan itu, saya tidak ingin melihat anak-anak saya mengalami nasib seperti saya. Semoga Tuhan sentiasa memudahkan rezeki saya..

Posted in Dunia Perniagaan | 2 Comments »