Impiana

Hujan itu rahmat, Pelangi itu indah…

  • Blog access

    • 1,552 hits
  • Update Blog

    February 2009
    M T W T F S S
         
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    232425262728  
  • Categories

  • Archives

  • Fakta Hari Ini

Nenek – berumur 100 Tahun

Posted by ninting on February 18, 2009

dsc00866

Tadi saya call adik (Simon), saya mendapat berita bahawa nenek dah semakin sihat dan darah dia tidak berkurangan lagi seperti biasa. Nenek saya dianggarkan berumur 100 tahun. Dia disahkan menghidapi kanser usus. Semasa saya cuti sakit tahun lepas bulan 10 2008, nenek sakit tenat sampai 3 hari tidak makan. Sehinggakan satu keluarga risau dan kita memang dah fikir yang bukan-bukan. Sehinggakan kakak sediakan apa yang patut dan Mak serta ayah buat persediaan dekat kampung sebab jika ada apa-apa berlaku pada nenek semua orang tidaklah memikirkan apa yang kena buat jika semuanya sudah tersedia.

Tetapi syukur pada Tuhan sebab nenek beransur pulih walaupun masa tu dia nampak tidak bermaya dan tidak dapat berjalan. Sepanjang saya cuti sakit saya dapat luangkan masa dengan nenek sepenuhnya walaupun saya sendiri tidak sihat. Tetapi saya sentiasa berdoa semoga nenek sihat dan dapat bersama dengan cucu dan cicit dia.

Sekarang nenek tidak makan ubat daripada Hospital atau Klinik. Kakak belikan nenek Madu dan Kopi daripada produk DCL. Setiap hari nenek makan madu dan Kopi DCL. Dengan memakan madu dan kopi tersebut nenek dapat bertahan sehinggalah sekarang. Tahap kancel perut dia pun disahkan stabil dan tidak memberhaya seperti dahulu. Tetapi selepas tahun baru cina 2009 saya ada mengirim penapis air Bio Aura daripada Hai O kepada kakak sulung. Saya ada bagitahu kakak bahawa penapis air ini dapat memulihkan penyakit dalaman serta kulit, gaot dll. mengikut testamonial, ramai pesakit dapat sembuh dan mengurangkan penyakit selepas meminum air yang menggunakan Bio Aura. Jika benar mengikut kata adik (Simon), nenek sudah makin pulih ini bermakna air tersebut berkesan kepada nenek. Syukur kepada Tuhan sebab niat saya memang ingin melihat nenek sihat dan sembuh.

Kenapa saya berani mengatakan bahawa Air penapis Bio Aura ini memberi kesan kepada nenek, sebabnya selama nenek makan dan minum Madu serta kopi DCL, tahap kesihatan nenek cuma biasa sahaja dan tidak menunjukkan dia pulih serta dia sentiasa nampak pucat sebab darah dia selalu berkurangan. Tetapi selepas hampir sebulan nenek meminum air Bio Aura adik pun terkejut melihat perubahan pada nenek. Dia kata nenek dah semakin ceria dan darah dia tidak berkurangan seperti biasa.

dsc00848

dsc00876

bio-aura1

Sekarang nenek minum air daripada penapis air Bio Aura.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>