Impiana

Hujan itu rahmat, Pelangi itu indah…

  • Blog access

    • 1,552 hits
  • Update Blog

    December 2009
    M T W T F S S
    « Feb    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Categories

  • Archives

  • Fakta Hari Ini

Celcom, PUNB latih usahawan

Posted by ninting on February 11, 2009

Lantik 500 pengedar Bumiputra jalankan perniagaan telekomunikasi.

Saya tertarik dengan artikel keluaran surat khabar Harian Metro keluaran Rabu, 11 Februari 2009, didalam ruangan bisnes. Berikut petikan didalam ruangan tersebut :

CELCOM (M) Berhad mengadakan kerjasama dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi memberi peluang kepada 500 pengedar Celcom di kalangan Bumiputera di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak menjalankan perniagaan telekomunikasi bersama Celcom.

Menerusi program terbabit, PUNB menawarkan pinjaman RM100,000 hingga RM5 juta manakala Celcom akan menyediakan latihan dan sokongan kepada pengedar yang layak.

Naib Presiden Celcom Wilayah Utara, Saiful Bahrin Abd Ghaffar, berkata sejak dimulakan pada Jun tahun lalu, seramai 13 pengedar layak mendapat pinjaman daripada PUNB dan setakat ini RM12 juta diluluskan.

Syarat untuk memulakan perniagaan kedai telekomunikasi Celcom adalah ketat dan kami memilih pengedar yang betul-betul layak saja. Mereka mestilah aktif serta memiliki komitmen yang tinggi dalam perniagaan. bersambung..

Ulasan : Syarat yang ketat dikenakan oleh Celcom dan modal yang besar menyebabkan Bumiputera kurang menceburkan diri didalam dunia bisnes.

Posted in Dunia Perniagaan | Leave a Comment »

FaceBook

Posted by ninting on February 10, 2009

Terdetik saya untuk berkongsi maklumat dengan semua mengenai facebook. Bila dihayati dan diteliti, memang betul apa yang diperkatakan… FaceBook, friendster, Tagged dan sebagainya merupakan laman web yang amat popular sekali.. Orang Asia khususnya memang terlalu ikutkan trend laman web sosial nie sehinggakan sesetengah individu tu tidak melihat dengan teperinci apakah kesan atau impaknya jika memasukkan maklumat peribadi didalam FaceBook atau laman web sosial dengan terperinci. Semalam saya terbaca didalam akhbar bahawa ada sesetengah individu menggunakan facebook sebagai tempat uantuk dia mencari teman dan bersosial.. melalui maklumat ini saya harap anda berhati-hati bila mendedahkan maklumat peribadi anda didalam laman..

Posted in Info | 1 Comment »

Chap Goh Meh

Posted by ninting on February 10, 2009

Malam tadi, 09.02.2009 merupakan hari Chap Goh Meh… Chap Goh Meh ialah hari terakhir tahun baru Cina… dah dua malam tak dapat tidur nyenyak sebab Bernice asyik bangun, lepas tu si kak (Beatriz) asyik menagis waktu malam… tak tahu apa sebab..Chap Goh Meh  Tak ada yang special, cuma makan malam dengan anak-anak… Hopefully, next year perayaan ada perubahan.. maklumlah sekarang mood nak pindah rumah tu kuat sangat… tetapi rumah tak dapat CF lagi… Tunggu TNB & Syabas tak pasang lagi….

Anak Apai

Posted in Anak Apai | 1 Comment »

Kampung

Posted by ninting on February 6, 2009

Gambar adik beradik. bermula dengan kakak sulung. Dari kiri ke kanan :

Mak Munai (Selema), Mak Nisa (Nasa), Mak Medan (Entia), Mak Tanai (Lanja) Penulis atau Apai Sapit (Joseph) dan Adik atau WatMit (Simon)

imga1318

Kampung saya jauh daripada Bandaraya Miri. Perjalanan daripada kampung ke Pekan Bakong ialah 1 jam. Dari pekan Bakong ke Kampung, Sg. Urong mengambil masa 20 hingga 30 minit. Kenderaan utama ke kampung ialah menggunakan motor bot atau perahu.

Sg. Bakong

Saya tengah mengemudikan perahu. Ayah sebagai penasihat, sebab ayah takut nanti terlanggar kayu.. kat sungai ada kayu…. Tetapi jangan takut sebab kat sini tiada buaya ganas…. Ini ialah Sg. Bakong…. Sungai ini panjang.. Sungai inilah yang menghubungkan Sg. Baram dan Sg. Tinjar… kalau tak caya tengok peta Sarawak…

imga1507

Inilah yang dikatakan highway…. Jalan ini menghubungkan pekan Bakong ke simpang Miri-Bintulu. Sejak 30 tahun saya tahun ini adalah jalan yang paling bagus dan elok berbanding 5 tahun yang lepas…. Dulu jalan ini cuma tanah merah sahaja…

imga1472

Ini ialah papan tanda Kampung saya Sg. Urong, Tuai Rumah Linggie. Keadaan kampung tidak terurus sebab rata-rata penduduk kat kampung saya sudah berpindah ke kampung lain sebab tidak bersefahaman.. Dulu kampung saya cukup meriah sebab ramai orang. Kini penduduk kampung yang tinggal di sini tidak sampai 40 orang. Bila perayaan gawai penduduk kat sini baru bertambah sebab semua anak-anak yang bekerja di balik kampung, itupun jumlah dia tak sampai 100 orang….

dsc015371

imga14081

Inilah rumah panjang saya. Dulu Tuai Rumah kampung ini ialah Tuai Rumah Lasit (Datuk saya). Rumah ini direkabentuk sepenuhnya olah ayah. Panjang rumah panjang saya hanya 5 pintu. ini bermaksud hanya 5 keluarga yang tinggal di rumah panjang tersebut. Ayah mendapat ilham merekabentuk rumah ini dan tiang rumah ini tidak ditanam kedalam tanah. Zaman dahulu, kebanyakkan rumah orang Iban tiangnya ditanam didalam tanah.

Ruai

kawasan lapang nie dipanggil “RUAI”… ruai digunakan kalau ada mesyuarat, perayaan kawin dan sebagainya.. Tikar warna hijau ini ialah ruai saya… Pintu tu ialah jiran sebelah… Rumah panjang saya memang besar.. sebab ayah tak nak bina yang kecik-kecik.

imga1388

Ini ialah pintu rumah saya…Semua hasil kerja ini ialah buatan tangan dan tidak mengunakan mesin. Papan rumah dan semua seni bina ini adalah hasil kerja ayah saya tanpa mengunakan mesin canggih. Mesin yang paling canggih ialah Ketam tangan…Design ini pun adalah idea ayah… Original idea ayah…

Tiada bantuan kerajaan didalam pembangunan kampung saya, semua kemajuan di rumah panjang ini adalah hasil titik peluh sendiri dan sikap bergotong-royong  orang kampung..

imga12531

Sebelah tu ialah rumah datuk (Bekas Tuai Rumah Lasit).

imga1249

Meja kayu ini dibuat sendiri oleh ayah. dsc01547

Penulis tengah bergambar berlatarbelakangkan tangga rumah.

adik & easther

Adik dan Easther Guning, semasa didalam perjalanan pulang ke kampung… panas terik duduk kat perahu…

dsc01559

Kampung saya dibawah P.220 Baram. Kawasan diantara kawasan yang agak mundur dari segi infrastruktur. Rata-rata kampung di bahagian Tinjar, bakong dan baram masih tiada kemudahan asas (air, elektrik dll). Kampung saya masih minum air hujan dan mengunakan generator untuk elektrik..

dsc01561

Bukti orang kampung masih menyokong BN. Tetapi selepas menang pilihan raya, kampung ini masih mundur dan tiada pembangunan.

dsc01567

inilah nasib generasi pelapis jika kampung ini masih tidak terurus… budak-budak nie sudah bersekolah dan tinggal diasrama… teringat aku masa waktu sekolah dulu… aku dulu lebih kecil daripada mereka dah tinggal di asrama… bila balik kampung adalah masa yang paling indah sebab dapat bermanja dengan keluarga…

dsc015651

Apai Lusi…dan cucu dia… inilah nasib orang kampung. yang berwarna putih bulat itu ialah lampu pelita… lampu inilah rahmat bila waktu malam untuk menerangi waktu malam….

dsc01572

Pemandangan sekeliling Kampung…

dsc01569

dsc01574

rumah enjin/generator. setiap sebuah rumah ada mempunyai generator sendiri… MINYAK naik orang kampung yang merana…..

imga1411

Generator jenama Kubota buatan Japan… ayah kata Make in Japan ada kualiti….

imga1414

Enjin nie dibeli pada 19.08.1983 – usia generator nie sekarang ialah masuk ke-25 tahun

dsc01509

ayah tengah membersihkan kelapa sawit..umbut kelapa sawit sedap dimakan…  umbut kelapa sawit merupakan makanan kegemaran saya….

dsc015101

Chainsaw jenama STHIL 070. Chainsaw ini telah banyak berjasa kepada ayah. Semasa ayah bekerja kayu balak dahulu, chainsaw inilah merupakan sumber rezeki ayah sehinggakan kesemua kita adik beradik 6 orang disekolahkan… tetapi yang paling mencabar sekali ialah bila ayah menyekolahkan saya iaitu semasa saya menyambung belajar di Universiti…  Jasamu dikenang ChainSaw… kau umpama permata yang tiada nilainya… :)

dsc01517

ini ialah jerat biawak yang ayah buat… jerat ini di pasang di belakang rumah… tetapi malangnya suatu hari ayah kata, bukan biawak yang kena jerat, tetapi anjing ayah yang kena jerat… sejak daripada tu jerat nie jadi perhiasan sahaja…Biawak sedap dimakan bila dimasak campur kicap… dagingnya best..boleh try…

dsc015052

anjing kesayangan ayah… Chapan namanya….

Posted in Sg. Urong | Leave a Comment »

Permulaan baru didalam Kehidupan

Posted by ninting on February 4, 2009

Tanggal 16 oktober 2008, merupakan tarikh keramat dan bersejarah didalam kehidupan saya. Pagi itu, semasa nak turun kerja saya delima. Nak pandu kereta atau tunggang motorsikal… bila saya nak start motor terbayang-bayang akan kereta.. tetapi niat nak pandu kereta ditolak ke tepi sebab takut lambat sampai di pejabat… maklumlah nanti punch card akan merah bila lambat… bila merah.. macam biasalah, hujung bulan kena bagi alasan sebab lambat…

Maka, pagi itu saya tungganglah motor ke tempat kerja… saya bawa macam biasa tak laju dan tak perlahan… agak-agak didalam 3 KM hendak sampai ke pejabat, di suatu selekoh yang tajam saya terlibat dengan kemalangan.. masa itu sebuah kereta Naza Sutera telah menghimpit saya kesebelah kanan.. saya tak dapat nak mengelak.. saya tercampak.. nasib baik saya selamat.. cuma yang paling teruk ialah tulang selangka bahu sebelah kiri saya patah… saya tak dapat angkat motor.. nasib baik ada mamat bangla nie yang tolong… pemandu Naza Sutera tersebut ialah perempuan.. dia panik dan tak tahu nak buat apa.. nasib baik saya masih sedar.. maka saya telepon kekawan dari pejabat minta tolong….

Sejam kamudian kawan pun muncul, maka pada hari itu niat untuk pergi ke “Team Building” kat PD terkubur… saya telah masuk wad di SJMC selama 2 hari… semasa kat hospital banyak persoalan yang timbul… saya berasa bersyukur kerana saya tidak cedera teruk… TERIMA KASIH KEPADA KEKAWAN YANG MENOLONG SAYA… Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian…

Seminggu kamudian saya balik ke kampung iaitu Miri, Sarawak.. Mak, Ayah, Nenek, Kakak dan adik semua terkejut bila mendapat berita saya kemalangan.. maklumlah anak kesayangan keluarga… semasa saya berada di Miri, banyak persoalan yang timbul… sehingga kejadian tersebut telah merubah saya agar saya harus menjadi diri saya yang sebenar… bukannya menjadi orang yang takut akan diri sendiri…

Jika terjadi perkara yang tidak diingini pada diri ini apa akan terjadi pada keluarga saya terutama kepada isteri yang tercinta, anak-anak yang masih kecil, mak, ayah, kakak dan adik… mereka pasti susah hati dan sedih…. bila saya terkenangkan peristiwa tersebut maka saya telah bertekad untuk mengubah diri sendiri dengan seadanya agar suatu hari nanti mereka akan merasa hasil titik peluh saya…

Maka sejak dari hari itu saya tertanya-tanya, apakah perniagaan atau kerjaya yang harus saya ceburi supaya perkerjaan yang saya buat sekarang saya boleh wariskan kepada Isteri atau anak-anak tanpa mereka bermula dari bawah…

dsc00833

Kat SJMC – 16.10.2008 terlantar kat hospital selama 2 hari…

dsc00856

Patah tulang selangka sebelah kiri… patah dalaman… warna kuning itu ialah kesan-kesan sakit.. bukannya ubat kuning.. :(

dsc00843

Motor cuma mengalami kerosakkan yang minima… tetapi tuan dia mengalami kecederaan teruk… :(

p8300215

Sebelum kemalangan… cantik je motor…

Posted in KisahKu | Leave a Comment »

Perjalanan Hidup….

Posted by ninting on February 4, 2009

Terima Kasih kepada pembaca yang sudi membaca blog saya. Hampir semua bahan dan cerita yang akan dipaparkan disini adalah berkisarkan kepada pengelaman serta kehidupan seharian saya.. Ikutilah kisah nya….

Posted in KisahKu | 3 Comments »