Impiana

Hujan itu rahmat, Pelangi itu indah…

  • Blog access

    • 3,242 hits
  • Update Blog

    April 2017
    M T W T F S S
    « Feb    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Categories

  • Archives

  • Fakta Hari Ini

Minum Petang

Posted by ninting on February 27, 2009

Petang tadi ada kawan belanja makan Domino Pizza… Terima kasih Uji sebab belanja… semoga murah rezeki…

dsc01090

dsc01091

nie lah orang yang belanja… apasal lah orang tu silap type. sepatutnya Pn. Sujiana

dsc010921

Nie lah gaya zali selepas kekenyangan makan Domino Pizza….

Posted in Kerja oh kerja | 1 Comment »

Kadar tol 5 lebuh raya naik

Posted by ninting on February 27, 2009

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kadar tol di lima lebuh raya akan mengalami kenaikan antara lima hingga 34 peratus mulai 1 Mac ini.

Lebuh raya terlibat ialah Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) berkata, bagi Lebuh Raya PLUS, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 0.68 sen bagi setiap kilometer menjadikan kadar terbaru 14.2 sen untuk satu kilometer.

”Namun kenaikan itu tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kerja Raya di sini hari ini.

Bagi Lebuh Raya Sprint katanya, kadar tol dinaikkan antara 30 sen dan 50 sen sementara Lebuh Raya AKLEH pula mengalami kenaikan sebanyak 50 sen. Read the rest of this entry »

Posted in Info | Leave a Comment »

Hobi waktu lapang

Posted by ninting on February 19, 2009

Inilah gambar anak-anak yang terkini. Bila ada masa terluang saja saya akn tangkap gambar mereka.. Bak kata orang masa itu berlalu dengan pantas, jika tiada gambar nanti anak-anak tidak tahu macam mana rupa mereka masa bayi, kanak-kanak dahulu atau zaman remaja..

dsc00415

Dari kiri : Beatriz (Sulung), Bernice, Bellycia.

Twins umur 3 tahun, adik baru masuk 6 bulan tetapi dah pandai belajar duduk dan bediri..

dsc00285

anak apai… bernice dah pandai panggil.. dadddyy,…daddyyy..

dsc00308

dsc00073

dsc00337

Bernice suka pegang kaki dia dan hisap ibu kaki…

dsc00357

Bila ada idea Beartriz suka berposing…

dsc00157

Bestnya Bellycia tengah happy buka hadiah harijadi dia yang ke-3 thn…

dsc00142

Daddy Beatriz tengah buka hadiah nie.. itulah yg beatriz katakan bila dapat hadiah… happy sesangatlah dia…

dsc00168

inilah salah satu hadiah harijadi saya,… Mum yang belikan… 🙂

Posted in Anak Apai | Leave a Comment »

Nenek – berumur 100 Tahun

Posted by ninting on February 18, 2009

dsc00866

Tadi saya call adik (Simon), saya mendapat berita bahawa nenek dah semakin sihat dan darah dia tidak berkurangan lagi seperti biasa. Nenek saya dianggarkan berumur 100 tahun. Dia disahkan menghidapi kanser usus. Semasa saya cuti sakit tahun lepas bulan 10 2008, nenek sakit tenat sampai 3 hari tidak makan. Sehinggakan satu keluarga risau dan kita memang dah fikir yang bukan-bukan. Sehinggakan kakak sediakan apa yang patut dan Mak serta ayah buat persediaan dekat kampung sebab jika ada apa-apa berlaku pada nenek semua orang tidaklah memikirkan apa yang kena buat jika semuanya sudah tersedia.

Tetapi syukur pada Tuhan sebab nenek beransur pulih walaupun masa tu dia nampak tidak bermaya dan tidak dapat berjalan. Sepanjang saya cuti sakit saya dapat luangkan masa dengan nenek sepenuhnya walaupun saya sendiri tidak sihat. Tetapi saya sentiasa berdoa semoga nenek sihat dan dapat bersama dengan cucu dan cicit dia.

Sekarang nenek tidak makan ubat daripada Hospital atau Klinik. Kakak belikan nenek Madu dan Kopi daripada produk DCL. Setiap hari nenek makan madu dan Kopi DCL. Dengan memakan madu dan kopi tersebut nenek dapat bertahan sehinggalah sekarang. Tahap kancel perut dia pun disahkan stabil dan tidak memberhaya seperti dahulu. Tetapi selepas tahun baru cina 2009 saya ada mengirim penapis air Bio Aura daripada Hai O kepada kakak sulung. Saya ada bagitahu kakak bahawa penapis air ini dapat memulihkan penyakit dalaman serta kulit, gaot dll. mengikut testamonial, ramai pesakit dapat sembuh dan mengurangkan penyakit selepas meminum air yang menggunakan Bio Aura. Jika benar mengikut kata adik (Simon), nenek sudah makin pulih ini bermakna air tersebut berkesan kepada nenek. Syukur kepada Tuhan sebab niat saya memang ingin melihat nenek sihat dan sembuh.

Kenapa saya berani mengatakan bahawa Air penapis Bio Aura ini memberi kesan kepada nenek, sebabnya selama nenek makan dan minum Madu serta kopi DCL, tahap kesihatan nenek cuma biasa sahaja dan tidak menunjukkan dia pulih serta dia sentiasa nampak pucat sebab darah dia selalu berkurangan. Tetapi selepas hampir sebulan nenek meminum air Bio Aura adik pun terkejut melihat perubahan pada nenek. Dia kata nenek dah semakin ceria dan darah dia tidak berkurangan seperti biasa.

dsc00848

dsc00876

bio-aura1

Sekarang nenek minum air daripada penapis air Bio Aura.

Posted in Keluarga | Leave a Comment »

FaceBook

Posted by ninting on February 18, 2009

Setelah sekian lama baru saya dapat buat facebook sendiri. Sebelum nie malas nak buat tetapi bila dah buat seronok pulak. Nampaknya sambutan daripada kekawan memang mengalakkan sehinggakan saya terima dalam beratus e-mail. Sungguh terkejut dengan keajiban facebook nie. Semoga dengan adanya facebook nie saya dapat menambahkan lagi kenalah dan berjumpa dengan kekawan zaman belajar semasa sekolah rendah, menengah dan Universiti dulu. Selamat bertemu….

Posted in Info | Leave a Comment »

Transportation Planning

Posted by ninting on February 18, 2009

Pening kepala dibuatnya.. kenapalah TP nie bermasalah, plant 5003 memang sudah diguna dan sebelum nie posting tiada masalah. Tetapi kena bila nak buat posting ada masalah. Godek sana dan sini semuanya tidak menjadi.. sampai buntu dibuatnya.. tetapi saya masih berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. harap-harap nanti jumpa.

Posted in Kerja oh kerja | Leave a Comment »

Hari Bonus

Posted by ninting on February 16, 2009

Samalam(Ahad, 15.02.2009) saya menghadiri Hari Bonus di Komplex Kejiranan, Persint 16 Putrajaya. Ramai sungguh orang yang datang. Dianggarkan kira-kira didalam 900 orang. Kesemua yang datang dari pelusuk semenanjung iaitu Johor, Melaka, Perak, kedah, Perlis, Kelantan dan lain-lain. Sambutan memang menggalakkan. Sebenarnya Majlis semalam itu ialah perjumpaan biasa pada hari ahad. Cuma yang istemewanya semalam ialah hari penerimaan Cek bagi orang yang baru yang menceburi bisnes ini termasuklah saya… Saya sangat gembira sebab pertama kali menceburi dunia perniagaan Hai-O sudah mendapat pengiktirafan serta dapat menerima cek.

Terdapat beberapa orang yang baru menceburi bisnes nie pada bulan Januari 2009 sudah menerima cek RM13 ribu lebih dan RM10 ribu lebih. Amat menakjubkan bisnes ini, saya rasa macam tidak percaya bila ada orang yang baru sebulan didalam perniagaan ini sudah menerima cek atau pendapatan yang sebegitu tinggi.

Syukur kepada Tuhan, sebab saya telah menerima cek yang pertama dan seutas jam tangan berjenama Roscani. Disamping itu juga saya mendapat Bonus kenaikan pangkat. Memang tidak diduga dan terlintas semua itu, tetapi itulah kenyataan dan benefit yang saya dapat bila sudah menceburi bisnes ini.

Bila saya melihat disekeliling, rata-rata yang berjaya dan menceburi bisnes ini ialah orang Melayu. Saya amat sedih kerana bangsa saya masih tidak tahu mengenai bisnes ini. Saya sentiasa berdoa, semoga saya dapat memperkenalkan serta dipermudahkan untuk memperlihatkan bisnes ini kepada bangsa saya. Matlamat saya ialah ingin menolong sesiapa sahaja yang inginkan perubahan didalam ekonomi mereka.

Sekarang abad-ke21 iaitu zaman moden. Berniaga sekarang bukan macam zaman dahulu, iaitu mesti ada kedai dan pekerja. Zaman moden sekarang bisnes tidak semestinya memerlukan kita membuka kedai dan mencari pekerja. Buktinya, sudah ramai orang telah kaya serta dapat mengubah ekonomi mereka dengan menceburkan diri didalam bisnes yang berasaskan Internet serta Multi Level Marketing (MLM). Saya sudah tidak peduli apa orang kata, sebab bila saya menceburkan diri didalam bisnes ini, sedikit sebanyak saya sudah melihat masa depan saya. Jika saya terus berusaha dan berusaha masa depan saya pasti akan berubah. Kenapa perlu saya kata tidak sedangkan buktinya sudah ramai orang berjaya.

Semalam saya amat terkejut sebab seorang Vice Presiden di institusi perbankan antarabangsa telah menyertai bisnes ini. Dia susah berpangkat Diamond Sales Manager. Pendapatan dia sebagai Vice Presiden ialah 5 angka, bermakna gaji dia lebih daripada RM10 ribu hingga Rm30 ribu atau lebih lagi.. tetapi yang pasti 5 angka. Satu sahaja yang dia katakan kenapa dia berminat menyertai bisnes ini. Katanya “Bila sudah berjaya didalam bisnes ini, dia dapat meluangkan masa dengan keluarga dan membuat aktiviti yang dia suka. Berbanding dengan kerja sekarang yang tidak memberi dia masa untuk bersama anak-anak dan keluarga”.

Saya terfikir sejenak, jika aku seorang pekerja biasa tidak mengambil peluang ini dengan cepat, maka kehidupan serta masa depan aku akan statik macam itu sahaja. Sebab peluang itu telah dirampas oleh mereka yang betul-betul hendak berjaya. Jika CMD Kartini berazam ingin mengubah 7 generasi keluarga dia yang dahulu susah.. tetapi sekarang dia telah mengubah 7 Generasi keluarga dia yang akan datang menjadi senang. Maka dengan itu aku berazam ingin seperti mereka dan bukannya ingin menjadi seperti orang yang sentiasa membuat alasan lari daripada rezeki. Saya ingin membuktikan bahawa rezeki ada dimana-mana.. Bermakna, saya ingin membuktikan bahawa rezeki saya ada didalam bisnes ini. sebab selama 6 tahun saya mencari rezeki dengan memakan gaji. saya boleh katakan bahawa rezeki saya seperti Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. bukan tidak bersyukur dengan pendapatan makan gaji, tetapi kos di Kuala Lumpur yang begitu tinggi menyebabkan saya tidak dapat menyimpan duit serta memberi duit belanja kepada orang tua.

Maka dengan itu, saya tidak ingin melihat anak-anak saya mengalami nasib seperti saya. Semoga Tuhan sentiasa memudahkan rezeki saya..

Posted in Dunia Perniagaan | 2 Comments »

Kelas Pengukuhan Group 181 Taipan

Posted by ninting on February 13, 2009

Saya sangat bertuah sebab dapat mengikuti kelas pengukuhan pada malam tadi(12.02.2009). Banyak ilmu, kata-kata nasihat serta kata-kata peransang dan rahsia didalam bisnes telah dikongsikan CDM hebat group 181 iaitu CDM Faridah dan juga merupakan salah seorang Jutawan Bumiputera yang telah berjaya membina nama didalam perniagaan Hai-O. Bukan susah hendak mendapat ilmu daripada orang lama didalam Hai-O dan tidak susah untuk mencukil rahsia mereka. Kesemua CDM Hai-O group 181 Taipan, sentiasa mencurahkan segala ilmu kepada rakan niaga tidak kira latar belakang, warna kulit, bangsa dan agama. Saya amat kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka untuk melihat rakan kongsi berjaya. Spanjang saya menceburi dunia bisnes dan dunia perkerjaan, inilah tempat yang paling saya suka dan tertarik kerana mereka menitikberatkan rakan niaga untuk berjaya seperti mereka.

Jika di tempat kerja saya sentiasa di suruh untuk melakukan tugas demi untuk menjaga prestasi orang atasan dan jika saya lalai dan leka serta tidak menyiapkan tugasan yang diberi maka saya akan di label sebagai seorang yang tiada kualiti dan mendatangkan masalah kepada prestasi mereka serta jabatan. Sampai bila ini akan terus berlaku jika saya tidak bertindak dan merubah masa depan sendiri. Keputusan dan masa depan di tangan saya.

Tetapi syukur kepada Tuhan, sejak saya bertemu dengan bisnes ini, prestasi kerja saya semakin baik. Sebabnya mudah, kenapa saya perlu menyimpan segala tekanan kerja jika saya mampu melakukan lebih baik di luar sana. Cuma masa yang menentukan dan kegigihan saya adalah ukuran. Jika dulu saya tertekan jika tiada bonus atau mendapat rating yang teruk didalam prestasi kerja, tetapi sekarang tidak… sebab bulan-bulan saya akan mendapat bonus serta pendapatan daripada perniagaan saya dan saya semakin positif tentang dunia pekerjaan. Bisnes Hai-O banyak merubah saya menjadi seorang yang lebih positif dan berwawasan.

Jika saya mempunyai perniagaan lain selain daripada Hai-O, saya dapat rasakan bahawa saya tak akan dapat rahsia sebenar didalam perniagaan. Ini kerana, rahsia bisnes adalah rahsia kejayaan mereka dan tidak akan dikongsi dengan rakan niaga atau pesaing. Tetapi tidak didalam Hai-O. Pemimpin sentiasa berkongsi rahsia dan strategi untuk membantu rakan kongsi untuk mengukuhkan bisnes mereka dan menjayakan mereka. Bak kata CDM Faridah, tukar NY2 anda kepada “Tanggungjawab anda adalah untuk menjayakan rakan kongsi agar berjaya seperti anda“.

Perbezaan Hai-O dengan bisnes MLM yang lain memang berbeza, Hai-O menitikberatkan bisnes plan untuk mengembangkan produknya. Tetapi bisenes MLM lain mementingkan penjualan produk untuk mengembangkan bisnes mereka. Kami di Hai-O tidak perlu kuatir atau risau pasal point, sebab di Hai-O point kami adalah terkumpul. Jika MLM yang lain point mereka akan hangus setiap bulan. Anda perlu memulakan dengan point yang baru pada bulan seterusnya. Sebab itu kami di Hai-O senang naik pangkat dan cepat memperkembangkan bisnes. Kepada pembaca yang masih tidak mendapat fakta lengkap mengenai Hai-O, silalah datang ke kelas kami di Taipan atau di The Mines, Sri Kembangan atau anda boleh berhubung dengan saya.

Posted in Dunia Perniagaan | Leave a Comment »

Landasan asuh Usahawan Muda

Posted by ninting on February 11, 2009

Kenapa geraduan dan penggangur risau tidak mendapat kerja. Sekarang banyak syarikat yang memberi peluang kepada golongan ini untuk memulakan perkerjaan mereka dengan melibatkan diri dengan bisnes. Cuma di Malaysia, bila disebut dengan perniagaan MLM (Multi Level Marketing), ramai yang masih was-was dengan kemampuan perniagaan ini dan MLM masih kurang mendapat sambutan oleh generasi muda. Kenapa, mungkin mereka tidak mendapat maklumat yang penuh serta tidak mendapat fakta yang tepat mengenai perniagaan MLM.

Bagi golongan yang sudah bekerja dan melibatkan diri dengan perniagaan MLM, mereka telah dapat meningkatkan taraf hidup dan memperbaiki keadaan ekonomi mereka. Jika golongan bekerja hanya mengharapkan pendapatan makan gaji, mungkin sukar bagi mereka untuk menampung kos sara hidup, khususnya di bandaraya dan bandar besar.

Mungkin ramai yang tidak tahu atau perasan bahawa kerajaan menyokong rakyatnya untuk melibatkan diri didalam perniagaan MLM.

landasan-asuh-usahawan-muda

Posted in Dunia Perniagaan | Leave a Comment »

Kejayaan perniagaan Hai-O Marketing Sdn. Bhd

Posted by ninting on February 11, 2009

Memulakan sesuatu perniagaan bukanlah mudah, kerana cabaran dan dugaan sentiasa ada. Tetapi, bukanlah susah hendak menghadapi sesuatu cabaran jika seseorang itu tahu caranya dan sentiasa berfikiran positif menangkis segala cabaran yang mendatang. Ramai golongan Bumiputera telah berjaya dan mendapat kejayaan didalam bisnes Hai-O. Siapa kata MLM (Multi Level Marketing) merupakan satu perniagaan cepat kaya dan sebagainya. Jika seseorang itu pernah melibatkan diri dengan perniagaan MLM yang tidak berdaftar secara sah dengan kementerian memanglah perniagaan MLM adalah perniagaan yang tidak sah dan perniagaan cepat kaya. Tetapi tidak didalam perniagaan Hai-O. Hai-O telah memperoleh banyak anugerah didalam negara serta diluar negara. Buktinya ialah Majalah Forbes pernah mengiktiraf Hai-O Marketing sebagai syarikat yang paling berjaya diantara 200 buah syarikat yang tersenarai di Asia pasific pada Sept 2007.

Bukti kejayaan Hai-O marketing

Majalah Mingguan Wanita

Berita mengenai Hai-O

Posted in Dunia Perniagaan | Leave a Comment »